TAWAU : Pasukan Polis Marin (PPM) Sabah mematahkan cubaan seludup masuk minuman keras pelbagai jenis yang bernilai RM42,120 di Jalan Kalabakan, di sini, awal pagi semalam.
Menurut Komander PPM Wilayah 4, ACP Mohamad Madun, pasukannya berjaya menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan oleh dua orang suspek.
"Pemeriksaan kami mendapati sejumlah 14,400 tin dan 1,200 botol minuman keras pelbagai jenis tanpa cukai dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia cuba dibawa masuk untuk dijual kepada pembeli," katanya.
Tangkapan dan rampasan dibawa balik ke Markas PPM Tawau untuk disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967. - PDRM
Minuman Keras Seludup Bernilai Lebih RM42,000 Dirampas
Reviewed by Salfian Nawawi
on
July 02, 2015
Rating:

No comments: