Seo Services

Operasi Mencari MH370 Disambung Hari Ini


KUALA LUMPUR: Usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 di Lautan Hindi disambung semula hari ini, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).

Agensi itu, yang menyelia operasi mencari, berkata kapal Fugro Discovery selesai menjalani rutin menghantar semula bekalan dan sudah berlepas dari pelabuhan Fremantle.

"Ia dijangka tiba di kawasan pencarian hari ini untuk memulakan operasi mencari," kata agensi itu dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, JACC berkata sebuah lagi kapal, Fugro Equator, juga sudah meninggalkan pelabuhan dan dijangka tiba di kawasan carian pada Isnin untuk memulakan operasi pencarian.

Fugro ialah dua buah kapal yang pada masa ini ditugaskan mencari pesawat, selepas sebuah lagi kapal, Go Phoenix menghentikan operasi di laut dalam pada 20 Jun, apabila kontrak tamat.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata Malaysia komited untuk meneruskan operasi mencari fasa kedua membabitkan tambahan kawasan seluas 60,000 kilometer persegi.

Hingga kini, JACC berkata lebih 50,000 kilometer persegi kawasan di dasar laut sudah diliputi dalam fasa satu operasi membabitkan 60,000 kilometer persegi.

Penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 kru dalam pesawat.

Pesawat Boeing 777 itu masih belum dijumpai selepas operasi mencari secara besar-besaran di selatan Lautan Hindi apabila ia dipercayai terhempas setelah melencong dari laluan penerbangan.

Pada 29 Januari tahun ini, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengisytiharkan pesawat itu mengalami kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan semua 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu dianggap telah terkorban. - BERNAMA

Operasi Mencari MH370 Disambung Hari Ini Operasi Mencari MH370 Disambung Hari Ini  Reviewed by uMieySurianie on July 02, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.