KOTA KINABALU: Pemain Piala Presiden Sabah, Ak Mohd Farris Mahamud, 21, yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 3.5 Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, disahkan meninggal dunia, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra yang dipetik dari Metro sebagai berkata, mangsa disahkan meninggal dunia 8.37 malam tadi selepas menerima rawatan.
"Mangsa dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) petang tadi, selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan 1.30 petang.
"Pada 8.37 malam tadi, Farris disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Dalam kejadian 1.30 petang itu, kereta yang dipandu mangsa bersama bekas penyerang Harimau Muda Md Rozaimi Abdul Rahman dalam perjalanan dari Inanam menghala ke pusat bandar raya sebelum terbabas lalu merempuh pokok, tiang telefon dan tembok konkrit.
Akibat kejadian itu, Farris dan Rozaimi yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala kemudian dikejarkan ke HEQ II untuk rawatan.-Sarawakiana
Mohd Farris Meninggal Dunia Selepas Tujuh Jam Bertarung Nyawa,Rozaimi Stabil
Reviewed by Unknown
on
July 07, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
July 07, 2015
Rating:

No comments: