KUANTAN: Lima remaja lelaki berusia antara 13 dan 16 tahun yang disyaki penagih dadah ditahan polis di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, lima remaja terbabit ditahan semasa polis melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan perumahan di Taman Tas dekat sini.
"Dalam kejadian pukul 2 petang itu, lima remaja terbabit dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah rumah di kawasan itu.
"Polis kemudian menahan mereka bagi tujuan pemeriksaan rutin," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata ujian awal saringan air kencing mendapati kesemua remaja itu positif dadah.
Katanya kesemua suspek dibawa ke balai untuk siasatan lanjut di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.- BERNAMA
Lima Remaja Terlibat Dadah Ditahan Polis
Reviewed by Unknown
on
July 06, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
July 06, 2015
Rating:

No comments: