Kemusykilan berkenaan saluran dana zakat semakin menular di dalam media masa hari ini dan yang paling sadis sekali, ada juga diantara umat Islam itu sendiri yang seakan menjadi "agen" untuk menidakkan tanggungjawab Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).
Sungguh menyedihkan bila tuduhan tanpa usul periksa semakin menjadi-jadi di media masa, seolah-olah mereka memudahkan kerja pihak-pihak yang sengaja mencemarkan imej dan kredibiliti TBS.
Saban tahun, TBS telah pun mendedahkan setiap saluran dana dialirkan kepada Asnaf-asnaf melalui laman web dan akhbar-akhbar tempatan.
TBS juga telah mengedarkan buku-buku ke mana aliran dana tersebut disampaikan.
Di bawah ini tersenarai Asnaf Fakir yang telah disampaikan TBS dari 1 Januari sehingga 30 September 2014:
Bantuan kemasukan ke IPT (Yuran, Tambang dan Wang Saku) berjumlah RM1,969,030.00 kepada 1,207 orang yang layak.
Bantuan Pengajian Sekolah Rendah dan Menengah berjumlah RM6,750.00 kepada 41 orang yang layak.
Bantuan Pengajian ke Timur Tengah berjumlah RM29,000.00 kepada 5 orang yang layak.
Bantuan Pengajian ke Sekolah Agama dan Arab berjumlah RM436,100.00 kepada 174 orang yang layak.
Bantuan Pengajian Tahfiz Al Quran berjumlah RM7,300.00 kepada 3 orang yang layak.
Bantuan Kerja Tesis bejumlah RM35,500.00 kepada 71 orang yang layak.
Bantuan Pengajian ke Bidang Agama berjumlah RM343,800.00 kepada 201 orang yang layak.
Bantuan Sijil atau Kursus berjumlah RM332,900.00 kepada 665 orang yang layak.
Bantuan Rawatan dan Perubatan berjumlah RM440,793.00 kepada 740 orang yang layak.
Bantuan Fardhu Kifayah berjumlah RM580.00 kepada 1 orang yang layak.
Bantuan Sara Hidup berjumlah RM1,145,100.00 kepada 637 orang yang layak
Bantuan Bencana Alam atau Kecemasan berjumlah RM118,557.00 kepada 78 kes kecemasan.
Bantuan Aidifitri berjumlah RM554,100.00 kepada 5,541 keluarga yang layak.
Bantuan Pembangunan Modal Insan berjumlah RM3,905.00 kepada 15 bantuan.
Bantuan Am berjumlah RM10,946.05 kepada 59 bantuan.
Jumlah keseluruhan Daba Zakat untuk Asnaf Fakir ialah RM5,434,361.05 kepada 9,438 orang atau bantuan yang layak bermula tempoh yang di sebut di atas.
Jumlah ini adalah bantuan kepada Asnaf Fakir sahaja dan belum termasuk bantuan yang lain.
Tuduhan dari beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab yang mendakwa TBS tidak mengumumkan jumlah Dana Zakat adalah tidak berasas sama sekali.
Hakikatnya, TBS telah melaksanakan tugas sebaik mungkin kerana amanah kepada yang berhak. - Sarawakiana
Asnaf Fakir: TBS Salur Lebih RM5.4 Juta Pada Tahun 2014
Reviewed by Salfian Nawawi
on
July 06, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
July 06, 2015
Rating:

No comments: