MANILA: Seorang warga asing yang dalam penerbangan ke Filipina dari Asia Barat disahkan mengidap Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS), menjadikan ia kes kedua direkodkan di negara itu setakat ini.
Setiausaha kesihatan, Janette Garin, berkata pesakit lelaki berusia 36 tahun, yang mana warga negaranya tidak didedahkan, dimasukkan ke bilik pengasingan khas yang disediakan kerajaan bagi membendung penyebaran virus itu.
"Kita boleh lihat dia semakin baik. Tidak ada sebab untuk panik dan kami merayu kepada orang ramai untuk menghormati privasi pesakit," katanya, sambil menambah lelaki itu mempunyai beban virus yang rendah, menunjukkan jangkitan itu tidak begitu serius.
Lelaki itu jatuh sakit pada 2 Julai lalu, selepas tiba lebih awal di negara terbabit dari Arab Saudi melalui Dubai, kata Garin, tetapi tidak memberikan maklumat lanjut.
Seorang jururawat Filipina yang baru pulang dari Arab Saudi pada Februari lalu menjadi orang pertama di negara itu yang dikesan positif MERS, namun jangkitan dihadapinya berjaya dipulihkan.
Garin menegaskan, biarpun tiada sebarang kes jangkitan MERS dikesan melalui perhubungan biasa di Filipina, Jabatan Kesihatan negara itu berjaya mengesan individu yang berkemungkinan mempunyai hubungan dengan pesakit.
Ia termasuk semua penumpang yang berada dalam penerbangan yang sama dengan individu dijangkiti MERS, kata Garin.
Jabatan Kesihatan Filipina juga sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam beberapa minggu ini bagi mengekang penularan virus berkenaan, terutamanya pemantauan terhadap 88,000 warga Korea Selatan yang tinggal di negara itu.
Di Korea Selatan, kerajaan negara itu menyatakan 185 orang telah didiagnosis selepas disahkan mengidap MERS, sementara 33 kematian direkodkan setakat ini. - AFP
Filipina Sahkan Kes Kedua MERS
Reviewed by Unknown
on
July 06, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
July 06, 2015
Rating:

No comments: