Seo Services

Nahas Simpang Renggam, Kanak-Kanak Antara Tiga Maut


SIMPANG RENGGAM: Tiga termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut dalam kemalangan di Kilometer 55.9 berhampiran persimpangan Simpang Renggam di Lebuh Raya Utara-Selatan di sini, pagi tadi.

Jurucakap polis berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku kira-kira jam 5 pagi dan ketiga-tiga mangsa dipercayai menaiki dua motosikal.

Katanya, siasatan awal polis mendapati kemalangan itu membabitkan lima kenderaan termasuk sebuah lori dan dua kereta.

"Polis masih sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kejadian termasuk mengambil keterangan daripada pemandu lori dan kereta terbabit.

"Pada masa sama, polis juga dalam usaha mengenalpasti identiti mangsa," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, pagi tadi.

Katanya, ketiga-tiga mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan, manakala seorang daripada mangsa terputus kaki.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kluang dekat sini, untuk tindakan selanjutnya," katanya.-BH
Nahas Simpang Renggam, Kanak-Kanak Antara Tiga Maut Nahas Simpang Renggam, Kanak-Kanak Antara Tiga Maut Reviewed by Unknown on July 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.