Seo Services

‘Negaraku’ Kembali Berkumandang Di Semua Pawagam


CADANGAN memainkan lagu Negaraku di setiap pawagam seluruh negara sebelum tayangan sesuatu filem akan diteruskan sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2015 pada kali ini..

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, sejak ia mula diperkenalkan dua tahun lalu, inisiatif itu menunjukkan perkembangan positif di kalangan masyarakat bagi menyemai rasa cintakan negara, terutamanya anak-anak muda.

“Insya-Allah, langkah itu akan diteruskan dan dimasukkan di dalam program kemerdekaan tahun ini oleh Sekretariat Merdeka.

“Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) akan membekalkan klip video lagu Negaraku kepada pawagam di seluruh negara untuk dimainkan sepanjang tempoh itu,” katanya dipetik portal mStar.

Nyanyian lagu Negaraku di setiap pawagam mula dicadangkan pada 16 Ogos 2013 sempena sambutan hari merdeka ke-56 negara. – mStar
‘Negaraku’ Kembali Berkumandang Di Semua Pawagam ‘Negaraku’ Kembali Berkumandang Di Semua Pawagam Reviewed by uMieySurianie on July 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.