Seo Services

Ong Kim Swee Bakal Pengendali Sarawak?


Datuk Ong Kim Swee kini digembar-gemburkan bakal mengisi kerusi selaku pengendali Sarawak selepas perletakan jawatan Robert Alberts.

Masa depan Kim Swee bersama skuad Bawah 23 tahun negara kini dalam keadaan tidak pasti selepas aksi hambar anak buahnya ketika di Sukan Sea Singapura.

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dikatakan bakal membincangkan kedudukan pengendali berusia 45 tahun itu.

Walaubagaimanapun, keputusan terletak sepenuhnya kepada Kim Swee yang telah menyuarakan hasrat untuk terus kekal bersama FAM.

Laman web sarawakcrocs.com pula menyatakan slot Alberts akan diisi buat sementara waktu oleh jurulatih skuad Piala Belia Fuad Grebesic dari Bosnia.

Sarawak kini berada dalam zon penyingkiran selepas menduduki tangga ketiga tercorot dalam saingan Liga SUPER. - StadiumAstro
Ong Kim Swee Bakal Pengendali Sarawak? Ong Kim Swee Bakal Pengendali Sarawak? Reviewed by Salfian Nawawi on July 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.