Seo Services

Apakah "Kuncu-kuncu" Chong Terasa Hangat Akaun Dibekukan? - Abdullah


Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Abdullah Haji Saidol menyelar sikap Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang mengeji usaha jujur Ketua Menteri (KM) Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem untuk membenteras rasuah.

"Saya tidak memahami mengapa Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen harus mengeji usaha jujur KM Adenan Satem untuk membenteras rasuah."

"Kenyataan Chong yang menuduh usaha KM Adenan sebagai "Mesin ATM Kutipan Cukai Kerajaan Persekutuan" adalah satu kenyataan yang biadap dan satu budaya politik yang keji."

"Kalau Chong berani membuat andaian liar seperti itu, mungkin saya patut membuat andaian bahawa kenyataan Chong hanya untuk membantu penyokong-penyokong atau kuncu-kuncu beliau yang mungkin terasa kehangatan tindakan SPRM dan LHDN ini," katanya secara sinis.

Abdullah, yang juga merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Sarawak dan ADUN Semop berkata demikian ketika dihubungi Sarawakiana sebentar tadi untuk mendapat respon beliau berkaitan perkara ini.

Abdullah menegaskan, KM Adenan bersungguh mahu budaya kerja berintegriti diamalkan terutama sekali di kalangan agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan supaya negeri dapat dibangunkan dengan efisyen dan teratur.

"Budaya rasuah juga akan menyebabkan kerosakan alam sekitar dan pendapatan negeri "dicuri" oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya lagi.

"Agensi yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Anti-Rasuah ini ialah SPRM manakala, Adenan adalah Ketua Menteri Sarawak dan dia tidak terlibat secara langsung atau tidak dalam pengurusan pentadbiran SPRM atau LHDN."

Abdullah berpendapat, kenyataan Chong yang mengaitkan KM Adenan dengan tindakan SPRM dan LHDN adalah satu contoh amalan politik putar belit biadap DAP yang kita semua harus sedar.

"Apakah Chong tidak sedar bahawa sebelum Perayaan Gawai yang lepas KM Adenan ada memohon pertimbangan SPRM untuk kelonggaran tentang akaun-akaun yang di bekukan kerana tindakan ini mungkin memberi kesan dari segi pembayaran gaji pekerja-pekerja yang tidak terlibat secara langsung atau tidak dengan aktiviti rasuah."

"Jelas sekali DAP Sarawak sudah ketandusan isu-isu politik yang mampu membantu usaha politik mereka," katanya lagi. - Sarawakiana
Apakah "Kuncu-kuncu" Chong Terasa Hangat Akaun Dibekukan? - Abdullah Apakah "Kuncu-kuncu" Chong Terasa Hangat Akaun Dibekukan?  - Abdullah Reviewed by Salfian Nawawi on July 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.