Seo Services

Unit Selam Polis Marin Sarawak Ditempatkan Di Kuching Dan Bintulu


KUCHING: Unit Selam Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima (Sarawak) akan ditempatkan di dua lokasi iaitu PPM Kuching dan PPM Bintulu, kata Komander Polis Marin Bukit Aman Datuk Abd Aziz Yusof.

Beliau berkata unit berkenaan yang bertanggungjawab menjalankan segala operasi khas yang melibatkan tugasan selam ditempatkan di dua lokasi berkenaan supaya dapat memberi bantuan dengan cepat sekiranya berlaku sesuatu musibah.

"Selain membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR), pasukan penyelam ini juga akan membantu Jabatan Siasatan Jenayah bagi mendapatkan 'evidence and exhibits' sekiranya barang berkenaan dicampak atau dibuang ke laut, sungai, tasik dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Dialog dan Penyematan Lencana Penyelam di Sekolah Latihan Marin Markas PPM W5 Jumaat.

Turut hadir Komander PPM Wilayah Lima, ACP N. Kalai Chelvan.

Pada majlis itu, seramai 16 pegawai dan anggota yang telah berjaya menamatkan latihan menerima lencana dan sijil masing-masing.

Sementara itu, Abd Aziz berkata sesi dialog yang diadakan hari ini bertujuan membincangkan sasaran PPM Wilayah Lima bagi suku kedua tahun ini serta memperbaiki perkhidmatan untuk menjaga keselamatan Sarawak secara maksimum.

Beliau berkata anggota dan aset PPM Wilayah Lima juga perlu ditambah bagi memantapkan lagi kekuatan pasukan PPM.

Pada masa ini, PPM Wilayah Lima mempunyai 250 anggota dan pegawai serta 25 aset bagi menjaga seluruh negeri.- BERNAMA
Unit Selam Polis Marin Sarawak Ditempatkan Di Kuching Dan Bintulu Unit Selam Polis Marin Sarawak Ditempatkan Di Kuching Dan Bintulu Reviewed by Unknown on July 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.