Seo Services

Pelajar Universiti Terselamat Selepas Tergelincir Di Gunung Santubong


Seorang pelajar lelaki universiti swasta di Bandaraya Kuching yang tergelincir ketika menuruni Gunung Santubong berjaya diselamatkan oleh pihak keselamatan semalam.

Difahamkan, mangsa yang dikenalpasti sebagai Mahendra Suhartono, warga Indonesia berusia 17 tahun terjatuh ke dalam gaung ketika turun dari gunung tersebut pada sebelah petang semalam.

Sepasukan anggota penyelamat yang melibatkan pihak Bomba dan Penyelamat, JPAM serta polis dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan berkaitan kejadian tersebut.

Mangsa yang mengelami kecederaan dibahagian kaki kemudiannya ditemui oleh pasukan penyelamat dalam Operasi Mencari dan Menyelamat berjaya dibawa turun ke kaki gunung lebih kurang jam 6:30 petang.

Beliau kemudiannya di hantar ke hospital untuk rawatan lanjut. - Sarawakiana
Pelajar Universiti Terselamat Selepas Tergelincir Di Gunung Santubong Pelajar Universiti Terselamat Selepas Tergelincir Di Gunung Santubong Reviewed by Salfian Nawawi on July 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.