Seo Services

Pelanggan Boulavard Berang Gambarnya Tersenarai Sebagai Penyeluk-saku


Seorang Netizen di akaun Facebooknya hari ini mendakwa gambar beliau dan tiga orang kakaknya telah disalahguna dan disenaraikan pada senarai penyeluk-saku di Supermarket Boulavard, Jalan Datuk Tawi Sli di Kuching hari ini.

Menurut Khalida Razalie, beliau berserta tiga orang kakaknya pergi membeli belah di permis tersebut lebih kurang jam 3 petang tadi namun mereka terkejut apabila melihat gambar mereka terpampang di papan kenyataan orang yang dikehendaki kerana menyeluk-saku.

Menafikan mereka telah melakukan jenayah tersebut, Khalida mendakwa mereka pernah diperlawa bergambar untuk majalah Watson pada 25 November tahun lepas.

Khalida yang nyata agak berang dengan kejadian tersebut mengingatkan netizen yang lain supaya berhati-hati apabila diperlawa untuk bergambar dengan mana-mana individu di permis tersebut agar tidak mengalami pengalaman seperti yang dialami oleh beliau dan kakak-kakaknya.
'
Satu laporan polis telah dibuat berkaitan dengan perkara ini oleh Khalida.

Pada pendapat admin, sekiranya benar segala dakwaan Khalida, pihak pengurusan permis tersebut harus memohon maaf secara terbuka kepada beliau sertasaudara-saudaranya dan memberi jaminan kejadian yang memalukan ini tidak akan berulang lagi. - Sarawakiana


Pelanggan Boulavard Berang Gambarnya Tersenarai Sebagai Penyeluk-saku Pelanggan Boulavard Berang Gambarnya Tersenarai Sebagai Penyeluk-saku Reviewed by Salfian Nawawi on July 20, 2015 Rating: 5

1 comment:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.