Seo Services

Penjenayah Tegar Diberkas Polis Kuching


Pelanduk selalu lupakan jerat namun jerat tak mungkin lupakan pelanduk, begitulah situasi yang dialami oleh seorang penjenayah tegar apabila beliau dicekup oleh pihak polis ketika hendak menuntut motosikalnya di Balai Polis Satok hari ini.

Suspek lelaki berkenaan kemudiannya dibawa ke mahkamah dan diperintah untuk di tahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Roslan Bek Ahmad, yang dihubungi sebentar mengesahkan tangkapan sambil berkata sekurang-kurangnya satu kes Samseng Jalanan telah diselesaikan dengan penangkapan tersebut.

Menurut Roslan, dalam kejadian lebih kurang jam 11 pagi semalam, seorang suri rumah berumur 36 tahun didatangi oleh suspek ketika memandu keretanya di persimpangan lampu isyarat SJKC Chung Hua No. 6 di sini.

"Cermin kereta yang dipandu oleh pengadu telah di ketuk oleh seorang suspek yang tidak di kenali yang kemudiannya mengarahkan mangsa keluar dari kereta tersebut."

"Oleh kerana ketakutan, mangsa meneruskan perjalanannya dan suspek bertindak mengejarnya mengunakan sebuah motosikal sebelum membaling objek yang di percayai sebiji batu ke arah cermin kenderaan mangsa."

Roslan menambah, secara kebetulan, kejadian di lihat oleh adik mangsa yang kemudiannya memintas motosikal yang di tunggangi saspek dan berlakulah pergelutan sebelum suspek melarikan diri dan meninggalkan motosikalnya di tempat kejadian.

Sehubungan itu, Roslan menyeru kepada orang ramai yang pernah menjadi mangsa kepada suspek untuk tampil membuat laopran polis agar tindak sewajarnya di ambil.

Untuk rekod, suspek yang sama telah diberkas polis kerana kesalahan jenayah dengan modas operandi yang hampir serupa  tidak berapa lama dahulu. - Sarawakiana
Penjenayah Tegar Diberkas Polis Kuching Penjenayah Tegar Diberkas Polis Kuching Reviewed by Salfian Nawawi on July 07, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.