Seo Services

Tips Melembutkan Bibir Kering dan Merekah Di Bulan Puasa


Selama berpuasa masalah umum yang sering terjadi adalah bibir kering dan pecah-pecah. Masalah bibir tersebut membuat anda tampak pucat dan kurang segar.

Kesan daripada masalah tersebut boleh membuat kulit bibir tidak lagi lembut dan halus.

Ternyata ada cara mudah untuk melembutkan bibir. Tidak perlu keluar banyak wang lagi. Dipetik dari everydayroots.com, kita boleh menggunakan gula pasir sebagai bahan utamanya.

Bahan-Bahan yang Perlu Disiapkan :-
1 sudu besar gula pasir (atau boleh juga pakai gula tebu (brown sugar)
madu secukupnya (boleh diganti dengan minyak kelapa atau minyak zaitun)
setitik vanila (sebagai penambah rasa sahaja, tidak digunakan juga tidak apa-apa)



Cara Membuat dan Menggunakan:-
1. Campurkan semua bahan hingga rata dan melekit.
2. Gosokkan scrub gula pasir ke kulit bibir.
3. Gosokkan dengan lembut hingga cukup untuk mengangkat sel-sel kulit mati.
4. Biarkan 1 minit.
5. Lap dengan kain lembut dan bersih.
6. Gunakan lip balm.

Diingatkan juga agar tidak menggunakan scrub ini secara berlebihan. Cukup gunakan scrub ini sekali seminggu sahaja. Selamat mencuba!

Tips Melembutkan Bibir Kering dan Merekah Di Bulan Puasa Tips Melembutkan Bibir Kering dan Merekah Di Bulan Puasa Reviewed by uMieySurianie on July 07, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.