Gambar Hiasan |
“Pihak penganjur tidak dibenar mengadakan sebarang perarakan sebagaimana dirancang mereka sebelum ini,” katanya pada sidang media di IPD Sibu semalam.
KPD telah menerima satu notis perhimpunan daripada dua individu iaitu Tay Swee Teck dan Franky Anong sebagai penganjur perhimpunan tersebut.
Terdahulu, pihak penganjur berhasrat mengadakan perhimpunan dan perarakan umum sempena sambutan Hari Kemerdekaan Sarawak pada 19 Julai ini bermula 8 pagi hingga 1 petang dari Dataran Sibu hingga Pintu Gerbang Sibu.
Sebagai maklum balas, Mohd Kamal berkata pihak penganjur tidak dibenarkan mengadakan sebarang perarakan kerana lokasi yang dicadangkan terletak di pusat bandar ini.
“Pihak polis tidak melarang penganjuran perhimpunan itu dan hanya melarang perarakan di lokasi yang dicadangkan.
“Sebarang perarakan seumpamanya secara langsung akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menggugat aktiviti harian orang ramai,” tegasnya.
Beliau menasihati mereka yang terlibat dalam perhimpunan itu supaya menjaga tingkah laku dan mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis bagi memastikan suasana perhimpunan aman dan selamat.
Katanya antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi termasuk bahawa perhimpunan hendaklah dilakukan secara aman di mana mereka yang mengambil bahagian tidak boleh melontarkan bahasa kesat.
“Selain itu saya ingin mengingatkan mereka yang terlibat dalam perhimpunan itu agar tidak membawa bendera pada kenderaan yang boleh disaman di bawah Akta Pengangkutan Jalan,” tegasnya.
Mengenai penggunaan lokasi perhimpunan di Dataran Sibu, Mohd Kamal berkata pihak penganjur perlu meminta kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan untuk menggunakan tempat berkenaan bagi mengadakan aktiviti tersebut.
Difahamkan, perhimpunan tersebut bertujuan menanda dan menyambut kemerdekaan Sarawak daripada pemerintahan kerajaan British pada 22 Julai 1963. - UB
Perhimpunan Hari Kemerdekaan Sarawak Bersyarat
Reviewed by uMieySurianie
on
July 18, 2015
Rating:
No comments: