Seo Services

PM Hargai Mereka Yang Bertugas Pada Aidilfitri


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak melahirkan penghargaan kepada mereka yang tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga kerana menjalankan tugas terutamanya penjawat awam serta anggota keselamatan dan perubatan.

Menerusi catatan Facebook semalam, Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih dan selamat Hari Raya kepada mereka.

"Pengorbanan saudara-saudari semua amat dihargai. Ribuan terima kasih dan salam Aidilfitri," katanya.

Dalam catatan Twitter pula, Najib turut mengucapkan terima kasih kepada pengunjung yang hadir memeriahkan majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri Kabinet di kediaman rasminya di Seri Perdana.

"Terima kasih kepada semua yang ke Seri Perdana untuk ucap Selamat Hari Raya dan jamu selera sebagai tetamu saya. Maaf jika ada kekurangan," katanya.

Beliau turut menyertakan 'link' video yang menggambarkan kemeriahan rumah terbuka itu.

Kira-kira 80,000 rakyat tempatan dan asing menghadiri majlis itu, yang bermula pada jam 10.30 pagi hingga 4.30 semalam.

Mereka dihidangkan dengan pelbagai makanan istimewa tempatan seperti sate, soto ayam, ketupat dan rendang.

Kira-kira 70,000 bungkusan cenderamata Aidilfitri juga dihadiahkan kepada hadirin sebagai buah tangan. - BERNAMA

PM Hargai Mereka Yang Bertugas Pada Aidilfitri PM Hargai Mereka Yang Bertugas Pada Aidilfitri Reviewed by uMieySurianie on July 18, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.