Seo Services

Polis Kuching Giat Operasi Bersempena Aidilfitri



KUCHING: Polis Daerah Kuching meningkatkan operasi bersepadu dan rondaan cegah jenayah sepanjang musim perayaan Aidilfitri, kata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad.

Sehubungan itu, beliau menasihati mereka yang akan pulang ke kampung untuk berhari raya supaya mengisi borang balik kampung yang disediakan polis bagi tujuan rondaan di kawasan rumah mereka.

"Laporan itu penting bagi membantu pihak polis membuat strategi rondaannya," katanya kepada pemberita selepas penyerahan bubur lambuk oleh Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti SAC Gan Tian Kee di Plaza Merdeka di sini semalam.

Beliau bagaimanapun menyatakan kejadian jenayah di daerah Kuching masih terkawal hasil kerjasama orang ramai dan peranan media sosial yang sedikit sebanyak membuat masyarakat lebih berwaspada.

Mengenai kes buli jalan raya yang berlaku di sini kelmarin, beliau mengesahkan suspek ditangkap semalam dan ditahan reman sehingga esok untuk siasatan.

Sementara itu, Roslan berkata Polis Daerah Kuching akan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di kediaman Pesuruhjaya Polis Sarawak di sini pada hari raya pertama.- BERNAMA
Polis Kuching Giat Operasi Bersempena Aidilfitri Polis Kuching Giat Operasi Bersempena Aidilfitri Reviewed by Unknown on July 08, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.