Seo Services

Polis Mesir Tembak Mati Suspek Bom Kedutaan Itali


KAHERAH: Polis Mesir didakwa berjaya menembak mati dua pengganas yang dipercayai mengebom kedutaan Itali dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di sini pada Isnin.

Pengganas itu ditembak mati ketika mereka berbalas tembakan dengan pihak berkuasa yang mahu menangkapnya.

"Dua pengganas itu yang berkaitan dengan Ajnad Misr didapati terlibat dengan kejadian pengeboman kedutaan Itali dan membunuh anggota polis," kata seorang pegawai.

Kumpulan pengganas Negara Islam (IS) mengakui melakukan serangan pada 11 Julai lalu terhadap Kedutaan Itali sebagai kempen menentang pihak berkuasa tentera.

Seorang orang awam dilaporkan maut manakala semblan lagi cedera dalam kejadian berkenaan.-mStar
Polis Mesir Tembak Mati Suspek Bom Kedutaan Itali Polis Mesir Tembak Mati Suspek Bom Kedutaan Itali Reviewed by Unknown on July 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.