Seo Services

Ringgit Malaysia Merosot


Nilai matawang Ringgit Malaysia kini mengalami penurunan di paras terendah untuk tempoh lima tahun berbanding dolar Amerika Syarikat yang kini mulai kukuh.

Kemerosotan itu tercetus oleh kegagalan Greece untuk melunaskan hutang, kejatuhan harga minyak mentah global serta suasana politik di Malaysia yang mungkin tidak stabil.

Matawang Ringgit jatuh serendah 0.8% kepada 3.8070 berbanding dolar Amerika, iaitu prestasi paling lemah sejak Mei 1999. Setakat 5 petang Selasa, unit tempatan diniagakan 3.5555 berbanding dolar daripada 3.5320 pada Isnin.

Ringgit pernah diikat pada harga 3.8 sedolar pada 1998 semasa krisis kewangan Asia. Ringgit akan terus menerima tekanan memandangkan ramai pelabur mulai bimbang akan kesan terhadap ekonomi negara. - sumber
Ringgit Malaysia Merosot Ringgit Malaysia Merosot Reviewed by Unknown on July 07, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.