Salah satu keajaiban dunia, Tembok Besar China semakin 'menghilang' dan pakar berpendapat ia bakal lenyap selamanya pada masa akan datang.
Ini kerana, ia telah mengalami banyak kerosakan dan juga vandalisme yang menyumbang kepada lenyapnya 30 peratus tembok tersebut.
Memetik laporan Beijing Times, hanya 8 peratus daripada 2,000 km keseluruhan tembok tersebut yang boleh dikategorikan sebagai berkeadaan elok dan baik.
"Keadaan ini sangat mengecewakan," ujar Mei Jingtian, pengasas Great wall Protection Association.
Keadaan bertambah teruk kerana terdapat banyak batuan daripada tembok ini yang dicuri dan dijual kepada pasaran gelap untuk pembinaan rumah dan kegunaan peribadi yang sukar diterima akal.
Nah, jika keadaan ini berterusan tidak mustahil satu daripada 7 keajaiban dunia ini bakal lenyap selamanya.
Kesedaran untuk menjaga khazanah negara dan dunia sebenarnya terletak pada tangan semua orang. - sumber
Tembok Besar China Bakal Lenyap?
Reviewed by Unknown
on
July 07, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
July 07, 2015
Rating:

No comments: