Seo Services

Russia Mahu Peranan Lebih Besar Di PBB Dalam Siasatan MH17


KUALA LUMPUR: Russia mahu peranan yang lebih besar dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam siasatan mencari punca pesawat Penerbangan Malaysia MH17 terhempas di selatan Ukraine.

Duta Russia ke Malaysia, Valery N Yermolov berkata, negaranya mahukan satu penyiasatan antarabangsa yang telus, komprehensif, tepat dan bebas.

"Tapi kami tidak dapat melihat semua ini berlaku kini. Malah Russia sendiri dihalang untuk menyertai mana-mana badan penyiasatan antarabangsa walaupun kami mempunyai maklumat.

"Saya nyatakan sekali lagi penyiasatan yang dijalankan oleh Tentera Udara Russia ketika kejadian mendapati bukan saja terdapat pesawat MH17 dan beberapa pesawat komersial tetapi turut dilihat pesawat tentera Ukraine," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Valery berkata, Russia menentang penubuhan tribunal antarabangsa kerana mereka percaya ia tidak termasuk dalam Piagam PBB manakala Majlis Keselamatan PBB tidak sepatutnya berurusan dengan situasi seperti itu.

Katanya, Resolusi 2166 Majlis Keselamatan PBB yang menuntut siasatan bebas dilakukan berhubung penembakan MH17 dan menetapkan pendirian, sekali gus memastikan semua pihak yang bertanggungjawab tidak terlepas wajar dilaksanakan terlebih dulu.

"Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon sehingga kini belum menghantar dan mengenal pasti kepentingan melaksanakan kepentingan melaksanakan Resolusi 2166 ini untuk meraih sokongan PBB terhadap siasatan MH17," katanya. - BH

Russia Mahu Peranan Lebih Besar Di PBB Dalam Siasatan MH17 Russia Mahu Peranan Lebih Besar Di PBB Dalam Siasatan MH17  Reviewed by uMieySurianie on July 24, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.