Seo Services

Serangan Di Gereja, Lima Terbunuh


KANO, Nigeria: Lima orang terbunuh selepas seorang pengebom berani mati yang dipercayai ahli kumpulan Bokok Haram meletupkan dirinya di dalam sebuah gereja di kawasan bergolak di bandar Potiskum di sini.

Penyerang itu dilaporkan memasuki gereja dengan tujuan untuk melakukan penyembahan sebelum meletupkan dirinya.

Seramai empat mangsa disahkan mati di tempat kejadian manakala seorang meninggal dunia di hospital selepas mengalami kecederaan parah.

"Mangsa terdiri daripada seorang wanita dan dua anaknya, paderi dan individu lain," kata seorang pegawai.

Seorang saksi, Garba Manu berkata, pengebom berani mati berkenaan dilihat tiba di gereja menaiki motosikal sebelum memasuki bangunan tersebut.

Jelasnya, kedengaran bunyi letupan kuat tidak lama selepas penyerang memasuki bangunan gereja itu.

Serangan Di Gereja, Lima Terbunuh  Serangan Di Gereja, Lima Terbunuh Reviewed by Unknown on July 06, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.