Seo Services

Tuduhan Terbaharu Sabotaj Politik Berterusan Terhadap PM- PMO


KUALA LUMPUR: Tuduhan terbaharu, bersumberkan daripada beberapa penyiasat tidak dinamakan, yang dijadikan asas untuk menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, merupakan sabotaj politik yang berterusan, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO), hari ini.

PMO dalam satu kenyataan berkata terdapat usaha bersepadu oleh individu tertentu untuk melemahkan keyakinan terhadap ekonomi, memburukkan kerajaan dan menyingkirkan perdana menteri yang dipilih secara demokrasi, meskipun kejayaan Najib dalam mengemudi ekonomi Malaysia mengharungi keadaan tidak menentu global sekarang.

"Dilaporkan bahawa pembocoran dokumen, pemalsuan dan pemerasan berlaku untuk mengelirukan media dan orang ramai," kata PMO sambil menambah menjadi kewajipan kepada anggota media yang bertanggungjawab untuk tidak menganggap dokumen-dokumen sebagai tulen melainkan disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Mengenai tuduhan itu sendiri, perlu diberi perhatian bahawa 1Malaysia Development Bhd telahpun menyatakan ia tidak pernah menyediakan dana kepada perdana menteri, kata PMO.- BERNAMA
Tuduhan Terbaharu Sabotaj Politik Berterusan Terhadap PM- PMO Tuduhan Terbaharu Sabotaj Politik Berterusan Terhadap PM- PMO Reviewed by Unknown on July 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.