Seo Services

11 NGO Terima RM505,000 Untuk Perlaksanaan Projek Kecil Luar Bandar


KUCHING: Sebanyak RM505,000 jumlah peruntukan bagi perlaksanaan Projek Kecil Luar Bandar (MRP-Negeri) kepada 11 NGO termasuk badan-badan kebajikan, Keagamaan dan Persatuan yang disampaikan oleh Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.

“Saya berharap organisasi dan pertubuhan yang telah dibantu ini akan dapat menjalankan tugas masing-masing dalam menggerakkan aktiviti masyarakat.”

Beliau berkata sedemikian semasa Majlis Penyampaian Peruntukkan bagi Pelaksanaan Projek Kecil Luar Bandar Kepada Badan-badan Kebajikan Keagamaan dan Persatuan di Wisma Sultan Tengah, Kuching, pagi tadi.

Menurutnya lagi, pembangunan kawasan perkampungan akan dibangunkan menjadi kawasan bandar sekaligus akan mempunyai infrastruktur yang moden dimana dapat menggalakkan interaksi di antara masyarakat.

“Menjadi persoalan kesannya kepada masyarakat, sudah tentu cara hidup masyarakat akan bertukar dan banyak halatuju pembangunan masyarakat lebih berkisar kepada komuniti untuk menggalakkan interaksi,” sambil menegaskan supaya cara hidup tradisi tetap kekal dipertahankan di samping memodenkan cara kehidupan kita.”

Antara badan-badan Kebajikan, Keagamaan dan Persatuan yang menerima peruntukan tersebut ialah, Persatuan Anak Seni Bandarsah, Sarawak Eurasian Association, Persatuan Kebajikan Islam Perubatan (PERKIP), Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak, PSKPP bahagian Kuching/Samarahan, Persatuan Sukan Lumba Automotif Sarawak, Persatuan Bola Baling Sarawak, Kelab Sukan Highlanders, Kumpulan Berjanji Masjid Darul Ikhsan, Kampung Muda Hashim, Jubli Emas Maktab Perguruan Batu Lintang Sarawak, dan SSPCA. - Sarawakiana 
11 NGO Terima RM505,000 Untuk Perlaksanaan Projek Kecil Luar Bandar 11 NGO Terima RM505,000 Untuk Perlaksanaan Projek Kecil Luar Bandar Reviewed by uMieySurianie on September 18, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.