Seo Services

Dua Penerbangan Di Kuching Dibatal, 6 Lagi Alami Kelewatan


KUCHING – Dua penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAB Kuching) dibatalkan akibat jerebu pagi tadi.

Pengurus LTAB Kuching, Mohd Nadzim Hashim berkata penerbangan tersebut berupa ketibaan dan perlepasan melibatkan sektor Kuching-Tanjung Manis dan Tanjung Manis-Kuching.

Beliau berkata ia melibatkan penerbangan MASwings yang menggunakan pesawat Twin Otter yang membawa tujuh penumpang.

Sementara itu enam penerbangan mengalami kelewatan masing-masing melibatkan tiga perlepasan dan tiga ketibaan.

Dua syarikat penerbangan yang terlibat dengan kelewatan itu ialah pesawat AirAsia dan Malindo Air yang membabitkan 861 penumpang, 430 penumpang yang tiba dan 431 penumpang yang berlepas, katanya.

Setakat 11 pagi tadi, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching mencatat paras 209 iaitu sangat tidak sihat. – BERNAMA
Dua Penerbangan Di Kuching Dibatal, 6 Lagi Alami Kelewatan Dua Penerbangan Di Kuching Dibatal, 6 Lagi Alami Kelewatan Reviewed by uMieySurianie on September 17, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.