Seo Services

Jumlah Pesakit Dapatkan Rawatan Akibat Jerebu Meningkat 30 Peratus Di Sarawak



KOTA SAMARAHAN: Jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan penyakit berkaitan saluran pernafasan kesan daripada jerebu yang dialami di negeri ini meningkat 30 peratus sehingga Ahad.

Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak Datuk Dr Zulkifli Jantan berkata data tersebut melibatkan pesakit yang mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.

"Laporan mingguan jumlah pesakit yang datang mendapatkan rawatan ARI (acute respiratory infection) yang dikumpul dari klinik sentinel seluruh negeri Sarawak untuk minggu lepas mencatatkan 30 peratus peningkatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan '2nd Sarawak Pressure Injury Update 2015' peringkat negeri di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Khamis.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti luar terutama apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di dua kawasan di negeri ini iaitu Kuching dan Samarahan mencecah bacaan sangat tidak sihat.

"Gunakan topeng penutup hidung dan mulut dan banyak minum air kosong untuk mengelakkan kesan terhadap kesihatan," katanya.

-- BERNAMA
Jumlah Pesakit Dapatkan Rawatan Akibat Jerebu Meningkat 30 Peratus Di Sarawak Jumlah Pesakit Dapatkan Rawatan Akibat Jerebu Meningkat 30 Peratus Di Sarawak Reviewed by Unknown on September 17, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.