Seo Services

Penduduk Banjiri Pekan Sematan Untuk Meriahkan Hari Malaysia 2015


Lundu : Hampir seluruh penduduk Sematan dan Lundu menghadiri Sambutan Perayaan Hari Malaysia 2015 peringkat negeri Sarawak yang buat julung kalinya diadakan di kawasan luar Bandar iaitu Daerah Kecil Sematan dimana kira-kira 100km lebih dari Bandaraya Kuching.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, sambutan di Sematan merupakan simbol keazaman untuk memberi harapan kepada masa hadapan yang lebih cerah kepada penduduk di luar bandar.

“Saya sendiri memilih daerah kecil ini untuk menjadi tuan rumah Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak, selaras dengan janji kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar,”

“Pembangunan kepada luar bandar bukan sesuatu yang baharu kepada Sarawak kerana selama ini bajet negeri memberi peruntukan 70 peratus untuk pembangunan dan 30 peratus untuk perbelanjaan operasi,”

Adenan yang juga Adun Tanjung Datu berkata, dengan adanya sambutan sebegini mampu memberi peningkatan ekonomi di kawasan luar bandar khususnya Sematan dan Lundu yang selama ini jarang dikenali oleh orang ramai.

“Bagi saya kawasan Tanjung Datu adalah kawasan yang amat cantik sekali di seluruh negeri Sarawak,” beliau berkata sedemikian sebelum merasmikan simbolik Sambutan Perayaan Hari Malaysia 2015 di sini.

Semalam telah diadakan perasmian projek Lebuhraya Pan Borneo jajaran Teluk Melano-Sematan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib di tapak sama untuk menyambut perayaan Hari Malaysia pada hari ini.

Sambutan perayaan juga dimeriahkan dengan persembahan khas, persembahan artis tempatan dan luar negeri dan diakhiri dengan pertunjukan bunga api sebagai acara kemuncak untuk sambutan tersebut. - Sarawakiana
Penduduk Banjiri Pekan Sematan Untuk Meriahkan Hari Malaysia 2015 Penduduk Banjiri Pekan Sematan Untuk Meriahkan Hari Malaysia 2015 Reviewed by Unknown on September 17, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.