Seo Services

"Rock Your Spirit" Semai Semangat Patriotisme Dalam Jiwa Generasi Muda


KUCHING: Sebanyak 180 motosikal, 30 kereta dan 25 buah pacuan empat roda mengambil bahagian dalam Konvoi Patriotisme Anak Malaysia "Rock Your Spirit" ke Lundu dan seterusnya ke Sematan bersempena dengan sambutan Hari Malaysia di Sematan hari ini.

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bersama Jabatan Penerangan dengan bertemakan 'Rock Your Spirit' dimana ia merupakan branding terkini yang diyakini akan dapat menyemai semangat patriotisme para belia agar mempunyai nilai murni yang tinggi,berjiwa patriotism, beretika baik dan berintergriti.

Ia juga amat penting dalam memastikan kesinambungan penerapan elemen patriotisme khas buat generasi muda iaitu pelapis dimasa akan datang.

Peserta-peserta konvoi akan memulakan perjalanan melalui tiga laluan berbeza dimana akan dimulakan dengan konvoi motosikal yang akan menggunakan laluan Jalan Rambungan, kenderaan Myvi pula akan melalui Jalan Batu Kawah, manakala kenderaan pacuan empat roda akan menggunakan laluan Jalan Bau/Kuching.

Dalam pada itu, kesemua rombongan konvoi akan mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang perjalanan menuju ke Lundu dan Sematan.

Difahamkan rombongan konvoi tersebut juga akan melakukan kerja amal dan khidmat komuniti di dua buah masjid yang terpilih iaitu di Lundu dan Sematan.

Majlis pelepasan rombongan konvoi telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, Dato' Sri Fadillah Yusof dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak Haji Abdul Haris Ishak di Dewan Serbaguna Jabatan Belia dan Sukan pagi tadi. - Sarawakiana




"Rock Your Spirit" Semai Semangat Patriotisme Dalam Jiwa Generasi Muda "Rock Your Spirit" Semai Semangat Patriotisme Dalam Jiwa Generasi Muda Reviewed by Unknown on September 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.