KUANTAN: Seorang terbunuh manakala dua cedera selepas ditembak berhampiran sebuah restoran, di Jalan Tun Ismail, dekat sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Arzurizan Abdul Rahman, 39, akibat parah di kepala.
Difahamkan, mangsa bersama dua rakannya itu ditembak sekumpulan lelaki yang menaiki PROTON Waja menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Suspek dipercayai melepaskan sekurang-kurangnya empat das tembakan ke arah mangsa dan rakannya ketika mereka sedang membuka pintu kenderaan pacuan empat roda untuk beredar dari restoran berkenaan.-BH
Seorang Terbunuh, Dua Cedera Terkena Tembakan Di Kuantan
Reviewed by Unknown
on
September 18, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
September 18, 2015
Rating:

No comments: