Seo Services

12 Syarikat Dan 209 Individu Dituduh Sebabkan Kebakaran Hutan


Jakarta: Polis Indonesia menyenaraikan 12 syarikat dan 209 individu sebagai tertuduh yang menyebabkan kebakaran hutan, punca utama jerebu di rantau ini.

Ketua Polis Indonesia, Badrodin Haiti memberitahu, dua daripada 12 syarikat yang dinamakan sebagai tertuduh itu firma asing.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama serta negara asal syarikat berkenaan.

“Beberapa syarikat asing dari Malaysia, China dan Singapura masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Menurutnya, semua tertuduh bakal didakwa melanggar undang-undang perlindungan hutan dan berdepan hukuman penjara 10 tahun serta denda hingga Rp10 bilion (RM3.1 juta).

Sementara itu, 26 syarikat disiasat dan 218 syarikat lagi dalam proses siasatan.

Menurutnya, empat syarikat lagi kini menunggu keputusan pendakwa raya yang mahu mendakwa firma itu atau tidak.

Jerebu yang melanda rantau ini lebih sebulan lalu berpunca daripada kebakaran yang dicetuskan aktiviti pembersihan hutan untuk pertanian. - Agensi
12 Syarikat Dan 209 Individu Dituduh Sebabkan Kebakaran Hutan 12 Syarikat Dan 209 Individu Dituduh Sebabkan Kebakaran Hutan Reviewed by Unknown on October 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.