Seo Services

Tujuh Sekeluarga Tinggal Sehelai Sepinggang


MIRI:Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Galing Piasau Fasa 2 disini pagi tadi.

Menurut pemilik rumah tersebut, Awang Chek Awang Ahmad berkata, kejadian yang berlaku pada jam lebih kurang 10 pagi itu dikatakan berpunca daripada api lilin di sebuah bilik di tingkat atas.

Sementara itu , Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng Maureen Sim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 10.01pagi dan bergegas ke lokasi untuk memadamkan kebakaran dengan kekuatan seramai 11 anggota dan dua buah jentera.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati rumah yang diperbuat daripada kayu dan batu bata itu telah terbakar hampir 90 peratus dan api berjaya dipadamkan pada jam 10.35 pagi katanya di sini. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, tambahnya.”

Dalam pada itu, difahamkan Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Lee Kim Shin telah melawat mangsa diiringi oleh Maureen Sim.

Walaubagaimanapun, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.-Sarawakiana
Tujuh Sekeluarga Tinggal Sehelai Sepinggang Tujuh Sekeluarga Tinggal Sehelai Sepinggang Reviewed by Unknown on October 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.