KUALA LUMPUR: Hasil siasatan Jabatan Audit Negara terhadap akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan dikeluarkan dalam tempoh kira-kira tiga bulan lagi.
Timbalan Pengarah Jabatan Audit Negara, R Raja Sunthara Kannan, berkata pihaknya sedang melaksanakan fasa kedua siasatan yang lebih terperinci berkaitan beberapa unsur yang belum disiasat.
"Fasa pertama siasatan sudah selesai tetapi terdapat beberapa maklumat berkaitan luar negara yang perlu diselesaikan dan kita jangka akan mengeluarkan laporan siasatan dalam tempoh tiga hingga empat bulan lagi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Seminar Kelestarian Integriti anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) bersama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di sini, hari ini.
Yang turut hadir ialah bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Zakaria Jaafar, bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sutan dan penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar. - BERNAMA
Siasatan 1MDB Dijangka Selesai Dalam Tiga Bulan - Jabatan Audit
Reviewed by uMieySurianie
on
October 13, 2015
Rating:

No comments: