Seo Services

47 Hari Hilang, Dua Kanak-kanak Orang Asli Ditemui Selamat


GUA MUSANG: Selepas 47 hari dilaporkan hilang, dua kanak-kanak Orang Asli ditemui dalam keadaan selamat di Sungai Perias, manakala seorang lagi rakan mereka meninggal dunia.

Dua mangsa itu dikenali sebagai Noreen Yacob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, manakala kanak-kanak yang mati itu belum dikenal pasti identitinya. 

Ketiga-tiga mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat.

Lokasi penemuan mangsa tidak jauh daripada tengkorak dipercayai kanak-kanak yang ditemui petang semalam. 

Lebih memilukan dua kanak-kanak berkenaan ditemui dalam keadaan kurus kering dan hanya bergantung kepada air sungai dan tumbuhan hutan.

Ketika ditemui, dua kanak-kanak berkenaan tidak mampu berjalan kerana terlalu penat. 

Penemuan ketiga ini menjadikan semua lima mangsa ditemui daripada tujuh kanak-kanak yang dilaporkan hilang. - BH

47 Hari Hilang, Dua Kanak-kanak Orang Asli Ditemui Selamat 47 Hari Hilang, Dua Kanak-kanak Orang Asli Ditemui Selamat Reviewed by uMieySurianie on October 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.