Seo Services

Sindiket Sorok Dadah Dalam Buku Agama, Guna Kurier Ditumpas


KUALA LUMPUR: Polis Bukit Aman menumpaskan kegiatan menyorokkan dadah di dalam buku agama sebelum menggunakan khidmat kurier untuk diseludup ke luar negara.

Modus operandi terbaru itu hasil risikan dan serbuan di sebuah syarikat penghantaran kurier di Selangor, semalam apabila 260 gram dadah dipercayai syabu dirampas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata dadah dianggarkan bernilai RM100,000 itu ditemui dalam sebuah buku tebal yang ditebuk dengan bentuk empat segi di bahagian tengahnya.

"Terdapat tiga buku dalam bungkusan kiriman itu dan hanya sebuah buku mengandungi dadah yang dibalut dalam kertas timah dan ia sepatutnya hendak dihantar ke sebuah alamat di Australia.

"Belum ada tangkapan dilakukan dan kita masih meneruskan siasatan bagi mengesan siapa pengirim dan penerima bungkusan itu," katanya kepada pemberita pada sidang media di Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.

Dalam perkembangan lain, polis turut menahan empat suspek termasuk seorang wanita berasal dari Nigeria dan Indonesia dalam tiga serbuan berasingan di Puchong, Selangor, semalam.

Polis turut merampas 7.9 kilogram syabu dianggarkan bernilai RM1.9 juta yang dipercayai untuk diseludup ke Indonesia.-BH

Sindiket Sorok Dadah Dalam Buku Agama, Guna Kurier Ditumpas Sindiket Sorok Dadah Dalam Buku Agama, Guna Kurier Ditumpas Reviewed by Unknown on October 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.