Seo Services

Bapa Tunai Hasrat Anak Lelaki Mahu Jadi Elsa Dapat Perhatian


TERBAIK! Seorang lelaki dari Virginia, Amerika Syarikat ini selayaknya mendapat gelaran ‘Dad Of The Year’ kerana layanannya terhadap anak lelakinya ini.

Paul Henson telah menjadi sensasi internet selepas dia membenarkan serta menunaikan hasrat anak lelakinya, Caiden yang mahu memakai kostum Elsa dari filem Disney Frozen sempena sambutan hari Halloween nanti.

Rata-rata pengguna laman sosial Facebook di seluruh dunia dilaporkan sangat terharu dan berbangga dengan sikap terbuka Paul terhadap permintaan anaknya itu.

Dalam posting Paul, dia memberitahu bahawa Caiden mahukan kostum Elsa dan memintanya memakai kostum Anna iaitu adik kepada Elsa, Halloween nanti.

Paul yang bersetuju dengan permintaan anaknya itu juga menyatakan Hari Halloween adalah untuk kanak-kanak berpura-pura menjadi kartun kegemaran mereka.

Sementara itu, bapa ‘mithali’ itu juga memberitahu bahawa dia lakukan semua ini bukan untuk mendapat perhatian dan gelaran ‘Bapa Terbaik’ tetapi untuk menyokong anaknya itu.

Gambar yang dikongsikan oleh Paul itu telah dikongsi lebih 25 ribu kali dan rata-rata netizen memberi komen positif terhadapnya. – Agensi/MYNEWSHUB.CC


Bapa Tunai Hasrat Anak Lelaki Mahu Jadi Elsa Dapat Perhatian Bapa Tunai Hasrat Anak Lelaki Mahu Jadi Elsa Dapat Perhatian Reviewed by uMieySurianie on October 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.