Seo Services

Randau Ruai Pendekatan Berkesan


LINGGA : Aktiviti turun padang berkesan mendengar masalah rakyat setempat.

ADUN Lingga Hajah Simoi Peri menjelaskan, program turun padang seperti program Randau Ruai dapat mendengar permasalahan rakyat dengan lebih dekat lagi. Rakyat tidak segan silu untuk menyuarakan masalah masing-masing.

"Inilah yang saya mahukan dari rakyat DUN Lingga kerana menerusi pendekatan sebegini membolehkan wakil rakyat mendekati rakyat dengan lebih dekat lagi justeru menyelesaikan isu-isu kawasan dengan cepat dan berkesan," kata Simoi.

Beliau berkata sedemikian semasa menziarahi penduduk di sekitar kawasan Dun Lingga menerusi program Randau Ruai.

Pada masa sama Simoi telah memberi peruntukan sebanyak RM1000.00 kepada JKKK Rumah Setia yang mempunyai 14 buah pintu sebagai usaha mereka melakukan kerja gotong royong. - Sarawakiana
Randau Ruai Pendekatan Berkesan Randau Ruai Pendekatan Berkesan Reviewed by Unknown on October 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.