Seo Services

Jemaah Haji Hilang Ketika Kren Tumbang Selamat Tiba


SEPANG: Jemaah haji Malaysia yang hilang semasa kejadian kren tumbang di Makkah, Abdul Muluk Ishak, 71, selamat tiba ke tanah air.

Abdul Muluk tiba jam 7.45 pagi tadi disambut anak, menantu dan cucunya yang menunggu di terminal ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

Abdul Muluk ketika ditemui berkata, dia bersyukur dapat menunaikan ibadah haji walaupun sedikit terkilan selepas kehilangan isterinya, Embon Ibrahim, 64, yang meninggal akibat radang paru-paru, Sabtu lalu.

"Saya sedikit terkilan dengan kejadian berkenaan, namun saya reda.

Sepanjang di sana saya sempat bersama petugas Tabung Haji bagi menyempurnakan urusan pengebumian arwah isteri," katanya.- BH

Jemaah Haji Hilang Ketika Kren Tumbang Selamat Tiba Jemaah Haji Hilang Ketika Kren Tumbang Selamat Tiba Reviewed by uMieySurianie on October 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.