Seo Services

Mak Saudara Saman Anak Saudara Umur 12 Tahun


MANHATTAN: Seorang pengurus sumber manusia bertindak menyaman anak saudaranya berusia 12 tahun kerana melompat dan memeluknya ketika menyambut ketibaan wanita itu di majlis harijadinya yang kelapan empat tahun lalu.

Jennifer Connel mendakwa anak saudaranya bertindak melampau hingga menyebabkan dia jatuh dan pergelangan tangannya patah pada 2011.

Dia menuntut ganti rugi AS$127,000 (RM533,000) daripada budak berkenaan yang kematian ibunya tahun lalu.

Menurut laporan, budak itu kelihatan keliru ketika duduk di kamar mahkamah bersama bapanya, semalam.

Jennifer, adik mendiang ibu defendan berkata, dia sayangkan anak saudaranya itu yang disifatkan sebagai sangat menyukainya.

Ketika kejadian, budak itu yang namanya tidak didedahkan menunggang basikal dua roda pertamanya.

Apabila Jennifer tiba, budak itu meninggalkan basikalnya dan menerkam Jennifer sambil menjerit, ‘Makcik Jen, saya sayangkan kamu,’ hingga menyebabkan dia terjatuh.

Mahkamah yang mendengar kes itu semalam, menolak tuntutan Jennifer dan berkata, dia tidak layak menerima atau menuntut pampasan daripada anak saudaranya.



- Agensi
Mak Saudara Saman Anak Saudara Umur 12 Tahun Mak Saudara Saman Anak Saudara Umur 12 Tahun Reviewed by Unknown on October 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.