Seo Services

Kad Pengenalan Khas Untuk Pelarian Syria


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyediakan kad pengenalan khas, penempatan serta peluang pendidikan kepada 3,000 pelarian Syria, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, peluang pekerjaan sementara juga akan disediakan kepada kumpulan berkenaan.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di New York bahawa Malaysia akan membuka pintu kepada 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian.

Perdana Menteri berkata, negara-negara Islam sebahagiannya bertanggungjawab memastikan kesejahteraan orang Syria yang terpinggir melarikan diri dari negara mereka dengan jumlah yang besar sehingga mengakibatkan tekanan ekonomi dan sosial di Eropah.

"Sebab itu Malaysia selama ini telah mengambil banyak orang yang melarikan diri daripada peperangan, kebuluran dan penganiayaan.

Kini kami mempunyai ratusan ribu migran dan kami mengambil lebih ramai awal tahun ini apabila terdapat krisis kemanusiaan di Laut Andaman," katanya pada sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di sini, Khamis.

- Berita Harian
Kad Pengenalan Khas Untuk Pelarian Syria Kad Pengenalan Khas Untuk Pelarian Syria Reviewed by Unknown on October 02, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.