Seo Services

14 Jemaah Haji Thailand Dikuarantin, Disyaki Dijangkiti MERS



NARATHIWAT: Seramai 14 daripada 287 kumpulan pertama jemaah haji Thailand yang pulang ke tanah air semalam dikuarantin kerana disyaki dijangkiti Sindrom Pernafasan Asia Barat MERS).

Mereka dikuarantin di Hospital Narathiwat Rachanakarin untuk pemantauan.

Mereka tiba di Lapangan Terbang Narathiwat pada kira-kira 1.30 tengah hari dengan penerbangan TG8803 Jeddah-Narathiwat.


Untuk keselamatan semua jemaah haji diminta supaya memakai penutup hidung dan mulut sejak berlepas dari Jeddah.

Dr Sanpon Ritiraksa, Ketua Pejabat Kesihatan Wilayah Narathiwat, berkata pemeriksaan kesihatan terhadap jemaah yang tiba dilakukan oleh pegawai kesihatan Hospital Narathiwat Rachanakarin dan doktor dari kem tentera laut Chulaborn.

"Jika didapati ada jemaah haji yang mengalami demam panas mereka akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan rapi," katanya.

Terdapat 10,400 jemaah haji dari Thailand tahun ini.

- BERNAMA
14 Jemaah Haji Thailand Dikuarantin, Disyaki Dijangkiti MERS 14 Jemaah Haji Thailand Dikuarantin, Disyaki Dijangkiti MERS Reviewed by Unknown on October 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.