Seo Services

Piramid Manusia Runtuh


Tokyo: Enam pelajar cedera selepas piramid manusia membabitkan 150 daripada mereka ‘runtuh’ ketika membuat persembahan.

Kejadian di Yao City yang sempat dirakam menunjukkan pelajar terakhir memanjat ke kedudukan paling atas sambil membawa bendera Jepun.

Bagaimanapun, sebaik tiba di atas piramid 10 ‘tingkat’ itu, pelajar berkenaan dapat dilihat terhuyung-hayang.

Dia tetap cuba berdiri, tetapi rakan-rakan di bawah mula nampak tidak stabil.

Sebaik saja pelajar terakhir itu berdiri, seluruh piramid itu runtuh dan jeritan penonton lain juga dapat didengar dalam rakaman berkenaan.

Seorang pelajar retak tangan manakala lima cedera.

Kecederaan akibat piramid manusia seperti ini kerap berlaku di Jepun, malah 6,500 direkodkan pada 2012 termasuk seorang pelajar yang mengalami kerosakan tulang belakang.

Namun, aksi akrobatik ini tetap menjadi sebahagian daripada kurikulum di kebanyakan sekolah di Jepun dan kerap diamalkan terutama untuk kelas gimnastik. - HM
Piramid Manusia Runtuh Piramid Manusia Runtuh Reviewed by Unknown on October 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.