Seo Services

Kerana Tidak Diperdulikan, Pelajar Sekolah Rendah Bakar Rakan


MEDAN - INDONESIA. Seorang murid sekolah rendah di wilayah Batubara, Sumatera Utara bertindak membakar dua rakannya selepas merasakan dia tidak dipedulikan oleh kedua-dua mangsa.

Jurucakap polis Sumatera Utara, Helfi Assegaf berkata, kejadian berlaku ketika ketiga-tiga murid terbabit sedang bermain di kantin sekolah.

Suspek yang dikenali sebagai J.S berang kerana merasakan dia tidak dipedulikan oleh kedua rakannya kemudian bertindak mengambil minyak tanah dan mencurahkan kepada kedua-dua mangsa.

“JS kemudian menyalakan mancis dan melontar pada mereka,” kata Helfi.

Walaubagaimanapun, dimana murid tersebut mendapatkan minyak tanah serta mancis masih belum diketahui.

Memetik laporan Jakarta Globe, salah seorang mangsa melecur di badan kini dirawat di Hospital Bhayangkara di Tebingtinggi, Medan.

Manakala seorang lagi murid yang cedera di tangan kiri dan kepala dirawat di Klinik Oloan Clinic di Batubara. - SH
Kerana Tidak Diperdulikan, Pelajar Sekolah Rendah Bakar Rakan Kerana Tidak Diperdulikan, Pelajar Sekolah Rendah Bakar Rakan Reviewed by uMieySurianie on October 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.