Seo Services

Trump Tidak Akan Jadi Presiden AS


WASHINGTON: Presiden Barack Obama yakin satu perkara yang akan berlaku pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat tahun depan ialah Donald Trump tidak akan menggantikannya di Rumah Putih.

Tokoh ahli perniagaan yang kini mendahului persaingan menjadi calon Republikan untuk ke Rumah Putih itu terus menerus mencetuskan isu kontroversi mengenai imigresen, kawalan senjata api dan wanita. "Dia tahu bagaimana untuk mendapatkan perhatian.

Sememangnya anda tahu dia mempunyai karakter klasik realiti televisyen dan pada peringkat awal tidak mengejutkan dia memperoleh banyak tumpuan," kata Obama mengenai Trump dalam temu bual program berita "60 Minutes' di stesen televisyen CBS.

"Saya tidak fikir dia akan berakhir dengan menjadi Presiden Amerika Syarikat." kata Obama.

Trump terus menarik perhatian apabila menggunakan isu imigresen dalam kempen awalnya sehingga tinjauan pendapat mengenai kedudukannya terus mencatatkan peningkatan.

Ketika berucap dalam satu pertemuan dengan pemimpin politik di Latino minggu lalu, Obama mengutuk mengenai kepemimpinan seseorang yang menggunakan terus meneruskan membakar sesuatu isu.

"Kepemimpinan bukannya sesuatu yang 'mengipas dan membakar' secara yang tidak berteloransi dan bertindak apabila perkara itu merebak," katanya yang tidak menamakan Trump.

Obama, yang ketika ini sedang menghabiskan penggal keduanya selepas menang pilihan raya presiden pada 2008 dan 2012, berkata beliau tidak kecewa dengan sistem penggal yang mengehadkannya daripada bertanding semula.

"Saya fikir dengan calon yang lebih segar untuk kerusi ini, lebih terbuka dari segi perspektif, orang baru dengan idea baru, lontaran pendapat mengenai isu yang berbeza setahun selepas ini selepas saya mulakan lapan tahun lalu, saya fikir ia baik untuk demokrasi," kata Obama.

Namun Obama berkata beliau percaya akan menang jika mempunyai peluang bertanding untuk penggal ketiga. - AFP
Trump Tidak Akan Jadi Presiden AS Trump Tidak Akan Jadi Presiden AS Reviewed by Unknown on October 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.