Seo Services

Letupan Di Bangkok: Suspek Utama Dijanjikan Penerbangan Ke Turki Dari Malaysia


BANGKOK: Seorang suspek utama dalam insiden pengeboman Kuil Erawan memberitahu peguamnya bahawa dia dijanjikan peluang untuk berlepas ke Turki sekiranya dia menanam bom berhampiran dengan kuil yang sesak dengan orang ramai itu.

Bilal Mohammed, yang sebelum ini dikenal pasti sebagai Adem Karadag, bercakap dengan peguamnya, Chuchart Kanphai dalam bahasa Inggeris pada Khamis.

Serangan yang berlaku pada 17 Ogos lalu menggorbankan 20 nyawa dan mencederakan 100 yang lain.

Pada hari berikutnya, satu lagi letupan berlaku dekat jeti Sathorn tetapi tiada sebarang kecederaan dan kematian dilaporkan.

Siasatan mendapati dua letupan itu ada kaitan antara satu sama lain.

"Bilal mengetahui bahawa jenayah yang dilakukannya membawa hukuman berat dan berharap pengakuannya membolehkan hukumannya diringankan," kata Chuchart selepas menziarahi kliennya di sebuah penjara sementara dalam kem tentera.

Chuchart berkata Bilal menegaskan dia adalah etnik Uighur tetapi enggan mendedahkan kampung halamannya di China kerana bimbang saudara-mara dan rakan-rakannya akan terjejas.

"Keluarganya berada di Turki. Jadi dia mahu pergi ke Turki," kata Chuchart.

Chuchart berkata Bilal tetap dengan kenyataan awalnya bahawa dia tidak suspek lain yang dikehendaki dalam kes tersebut kecuali Abdullah Abdullahman yang didakwa mengarahkannya untuk menanam bahan letupan tersebut.

Malah Abdullah turut menyediakan rambut palsu dalam usaha untuk dia melepaskan diri.

"Bilal menerima arahan untuk melakukan serangan itu dari Abdullah pada 16 Ogos.

"Abdullah berjanji untuk membantunya berlepas ke Malaysia sebelum ke Turki selepas melakukan tugasnya itu," kata Chuchart.-mStar
Letupan Di Bangkok: Suspek Utama Dijanjikan Penerbangan Ke Turki Dari Malaysia Letupan Di Bangkok: Suspek Utama Dijanjikan Penerbangan Ke Turki Dari Malaysia Reviewed by Unknown on October 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.