Seo Services

Martabatkan Seni Dan Budaya Terdahulu


SARIKEI : Seni dan Budaya tidak dapat dipisahkan dalam aspek kehidupan manusia dan ia perlu dipupuk dari masa ke semasa.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Dayang Raoyah berkata, sebagai ahli politik pun perlu adanya seni seperti dalam setiap ucapan adalah seni untuk mempengaruhi pendengar.

"Banyak budaya terdahulu sudah hilang di telan zaman. Sebagai contoh budaya menghulur tapak sirih bila tetamu bertandang. Masyarakat hari ini harus mempertahankan seni dan budaya terdahulu agar tidak pupus ditelan zaman," kata Dayang Raoyah.

"Malah ADUN Belawai Datu Len Talif menyokong penuh serta menyalur peruntukan usaha memartabatkana seni dan budaya, Festival lagu nasyid dan pertandingan lagu asli bagi kumpulan remaja memang amat dialu-alukan," tambah Dayang Raoyah.

Dayang Raoyah menyarankan NGO-NGO, pergerakan wanita dan pemuda menyegarkan kembali seni dan budaya di kalangan masyarakat setempat. Untuk menyerikan lagi festival seni dan budaya dimasa hadapan, acara rabbana dan kompang diperluaskan lagi dari masa ke semasa.

Dayang Raoyah berucap pada Majlis Penutupan Program Seni dan Budaya anjuran JASA Bahagian Sarikei dan KRT Kampung Baru di Dewan Serbaguna Kampung Seberang Sarikei semalam. - Sarawakiana
Martabatkan Seni Dan Budaya Terdahulu Martabatkan Seni Dan Budaya Terdahulu Reviewed by Unknown on October 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.