Seo Services

Masyarakat Digalak Jadi Ahli Rakan Cop



BETONG: Ketua Polis Daerah, DSP Aidil Bolhassan mengetuai program "High Profile Policing" sebagai usaha menunjukkan keberadaan badan keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada penduduk sekitar Betong.

Beliau bersama 14 pegawai kanan dan anggota telah bergerak ke kawasan sekitar Pekan Lama Betong bagi bertanya keadaan keselamatan dan menggalakkan orang awam menyalurkan maklumat jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Selain itu, konsep "meet & greet" yang digunakan merupakan peluang untuk merapatkan hubungan antara pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong serta Balai-balai Polis berhampiran dengan masyarakat bagi memberi keyakinan masyarakat kepada polis.

Justeru, sejumlah risalah pencegahan jenayah turut diedarkan sambil menyampaikan nasihat dan tip-tip serta cadangan kepada masyarakat yang ditemui dalam membantu pihak polis membanteras dan mencegah jenayah.

Aidil menggalakkan masyarakat sekitar supaya menjadi ahli Rakan Cop agar memudahkan urusan menyalurkan maklumat. Beliau dalam ulasan ringkasnya memberitahu, rata-rata para peniaga, masyarakat berpuas hati dengan kehadiran pihak polis, malah mereka mengharapkan dapat dilaksanakan dengan lebih kerap dari semasa ke semasa.

Tambahnya, masyarakat seharusnya mengetahui nombor talian telefon IPD Betong dan balai-balai Polis di dalam kawasan Daerah Betong agar dapat menghubungi polis dengan segera sekiranya berlaku sebarang kesalahan jenayah.

Ketua Cawangan Khas Daerah, ASP Noor Illham Hadeni, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, ASP Azman Ismail, Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah, Inspektor Mohd. Saiful Mustapa hadir sama.-UtusanSarawak


Masyarakat Digalak Jadi Ahli Rakan Cop Masyarakat Digalak Jadi Ahli Rakan Cop Reviewed by Unknown on October 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.