Seo Services

Menteri Amar Douglas Ketuai Misi Promosi Minyak Sawit Ke Amerika Syarikat


Kuala Lumpur : Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan mengetuai Misi Penggalakkan Minyak Sawit ke Amerika Syarikat (US) selama dua hari mulai 14 Okt.

Delegasi beliau terdiri daripada wakil kementerian berkenaan, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan wakil sektor swasta.

Misi berkenaan bertujuan memperkukuh eksport minyak sawit ke US dan menggalakkan hubungan perniagaan antara sektor swasta di Malaysia dan rakan mereka di US.

Menurut kenyataan kementerian, Amar Douglas akan merasmikan dan menyampaikan ucaptama pada Forum Minyak dan Lelemak Dunia (GOFF) 2015 di Los Angeles pada 14 Okt.

Acara anjuran bersama MPOB dan MPOC itu antara lain bermatlamat mempromosi dagangan minyak sawit menerusi penyebaran maklumat mengenai perkembangan terkini dalam industri minyak sawit kepada pengilang dan pengimport.

GOFF 2015 dijangka dihadiri 100 peserta yang terdiri daripada wakli syarikat swasta US.

Selain itu, Amar Douglas juga akan mengadakan perbincangan dengan wakil sektor swasta yang bertujuan meneroka peluang-peluang bagi memperkukuh eksport produk minyak sawit dengan eksport bernilai RM4 bilion pada 2014.

Eksport ke US menyumbang 4.5 peratus jumlah eskport dunia bagi produk minyak sawit.

Bagi tempoh Januari hingga Jun 2015, eksport minyak sawit Malaysia ke US bernilai RM783.09 juta.

Komoditi lain yang di eksport ke US pada 2014 terdiri daripaa kayu dan produk kayu bernilai RM2.44 bilion, getah dan produk getah bernilai RM4.48 bilion, produk koko bernilai RM552.55 juta dan produk lada hitam bernilai RM3.33 juta. - BERNAMA
Menteri Amar Douglas Ketuai Misi Promosi Minyak Sawit Ke Amerika Syarikat Menteri Amar Douglas Ketuai Misi Promosi Minyak Sawit Ke Amerika Syarikat Reviewed by Unknown on October 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.