Seo Services

Pasangan Sejenis Anjur Majlis Perkahwinan Cetus Kontroversi


INDONESIA: Sepasang pasangan kekasih sama jantina telah mencetuskan kontroversi dengan menganjurkan majlis perkahwinan di Boyalali, Jawa Tengah, di sini, semalam.

Pasangan sejenis antara Dumani Alias dan Ratu Airin Karla itu telah melangsungkan majlis perkahwinan seperti kebiasaan yang dilakukan pengantin baru dengan turut dihadiri penduduk setempat.

Pada majlis tersebut, kedua-dua mereka yang direkodkan jantina sebagai lelaki menerusi kad pengenalan masing-masing telah mengenakan pakaian pengantin bercirikan batik Indonesia untuk Damuni manakala Ratu pula telah mengenakan persalinan pengantin perempuan Jawa lengkap dengan dihiasi sanggul dan bunga melati di kepala.

Ia turut menyaksikan adat persandingan malah kain rentang bertulis “Tasyakuran Bersatunya Ratu Airin Karla dan Dumani, Mohon Doa Restu” juga menghiasi perkarangan majlis berkenaan dengan dimeriahkan dengan alunan muzik dangdut.

Sementara itu menurut pemerintah setempat, tidak ada undang-undang yang membenarkan majlis pernikahan sejenis diberikan malah tindakan mereka itu secara terang-terangan telah melanggar adat dan budaya.

Justeru, majlis yang diadakan itu adalah sekadar meraikan pasangan itu di kalangan tetamu yang terdiri daripada kenalan mereka memandangkan ‘pengantin perempuan’ pernah membuat permohonan untuk mengadakan majlis tersebut.

Tetamu yang hadir pada majlis tersebut pula dijamu dengan masakan yang dimasak secara bergotong-royong oleh orang kampung tersebut sebagai tanda muhibah semata-mata meskipun ada antara mereka yang tidak setuju dengan tindakan tersebut. - sumber
Pasangan Sejenis Anjur Majlis Perkahwinan Cetus Kontroversi Pasangan Sejenis Anjur Majlis Perkahwinan Cetus Kontroversi Reviewed by Unknown on October 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.