Seo Services

Pecah Air Ketuban Akibat Ketawa Terlalu Kuat


LONDON: Akibat ketawa begitu kuat ketika menonton persembahan komedi Micheal McLntyre, seorang wanita yang hamil 34 minggu mengalami pecah air ketuban dan dia terpaksa melahirkan anaknya ketika itu.

Cara Brown, 28, berkata pada Khamis malam, dia telah pergi menonton persembahan komik kegemarannya Happy Jalla di O2, London.

Dek kerana terlalu seronok dan geli hati melihat persembahan komedi itu, buat pertama kalinya dia telah ketawa tanpa henti sepanjang persembahan itu.

Bercerita lanjut, Cara berkata dia kemudiannya berjalan keluar dari tempat berkenaan dan di saat itu, air ketubannya pecah dan bayinya dilahirkan 32 jam kemudian.

“Dia seorang bayi ajaib kami. Dan dia mesti memiliki sifat kelakar kerana dia akan menjadi pelawak kegemaran saya selepas ini,”katanya.

Insiden tersebut turut menjadi kejutan buat keluarganya kerana tidak ada seorang pun yang mengetahui Cara sedang mengandungkan anak keempatnya itu. - sumber
Pecah Air Ketuban Akibat Ketawa Terlalu Kuat Pecah Air Ketuban Akibat Ketawa Terlalu Kuat Reviewed by Unknown on October 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.